Isnin, 1 Oktober 2012

Penjodoh Bilangan


Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya. 

Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu :


Perkataan Erti/Kegunaan Contoh
angkatan kumpulan seragam seangkatan tentera
baris kumpulan benda dalam bentuk garis lurus sebaris ayat
batang benda panjang atau tinggi sebatang sungai, sebatang pokok
bentuk benda yang melengkung sebentuk cincin
berkas ikatan atau susunan seberkas kayu api
bidang benda yang luas sebidang tanah
biji 1) buah-buahan
2) benda yang bulat
3) benda yang kecil
sebiji mangga
sebiji bola
sebiji benih
bilah benda yang tajam sebilah pedang
buah 1) benda yang besar
2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan
sebuah kapal
sepuluh buah kerusi
buku benda yang berbongkah sebuku sabun
bungkus benda dalam bungkusan sebungkus nasi
butir benda yang kecil sebutir peluru
carik kepingan yang dicarik secarik kain
cebis potongan, serpihan secebis kaca
cekak benda bersaiz secekak jari secekak sirih
cubit sedikit secubit garam
cucuk benda yang ditusuk dengan lidi secucuk sate
das tembakan 21 das tembakan meriam
deret benda-benda dalam sebarisan sederet kedai
ekor haiwan seekor ayam
gugus benda-benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatan segugus anggur
gelung benda yang berlingkar segelung tali
gemal sama dengan "cekak" segemal padi
genggam benda-benda yang dipegang dalam kepalan tangan segenggam beras
gulung benda yang digulung segulung kain
gumpal 1) bongkah
2) ketul
3) kepul
segumpal tanah
segumpal darah
segumpal asap
helai benda yang nipis dan lebar sehelai baju
hidangan kumpulan makanan dan minuman yang disajikan sehidangan kuih-muih
hiris potongan nipis sehiris daging
ikat benda-benda yang diikat rapat seikat kayu api
jambak karangan (bunga dll.) sejambak bunga
jambangan benda dalam pasu atau belanga sejambangan bunga
jemput benda-benda yang diambil dengan hujung jari sejemput pasir
kaki
sekaki payung
sekaki cendawan
kandang haiwan dalam kandang sekandang kambing
kapur sirih sekapur sirih
kawan kumpulan haiwan sekawan lembu
kelompok kumpulan, gugusan sekelompok pulau
kepal gumpalan beberapa kepal nasi
keping kepingan, potongan sekeping kertas
kepul gumpalan asap atau awan yang tebal sekepul asap
kerat baahgian, potongan sekerat tulang
ketul gumpalan, ketulan seketul daging
kotak benda dalam kotak sekotak bijirin sarapan
kuntum bunga sekuntum bunga merah
laras senjata selaras senapang
lembar benda yang panjang dan luas bidangnya sebidang kain
lingkar sama dengan "gelung" selingkar tali
longgok himpunan, timbunan selonggok sampah
naskhah salinan bahan bacaan bersiri senaskhah majalah
orang manusia dua orang anak
papan kepingan sepapan petai
pasang benda yang berduaan sepasang kasut
pasukan kumpulan seragam sepasukan pemain bola sepak
patah perkataan sepatah kata
pintu bangunan sepuluh pintu kedai
potong kepingan yang dipotong sepotong kek
pucuk 1) surat
2) senjata api
sepucuk surat
sepucuk pistol
puntung keratan kayu yang pendek-pendek sepuntung kayu api
rangkap baris-baris karangan serangkap pantun
rawan menyatakan selengkap benda itu serawan jala
ruas bahagian di antara dua benda beberapa ruas tebu
rumpun kelompok, ikatan serumpun serai
sikat tangkai pisang sesikat pisang
sisir sama dengan "sikat" sesisir pisang
suap sebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulut sesuap nasi
tandan buah-buahan yang bergugus setandan pisang
tangkai bunga setangkai bunga
teguk sebanyak yang ditelan sekali seteguk air
timbun himpunan sesuatu yang bertindih-tindih setimbun sampah
titik titisan setitik air mata
tongkol 1) kepingan yang besar dan berbongkah
2) buah jagung
setongkol kayu
lima tongkol jagung
ulas bahagian buah yang berbiji dll. seulas buah durian
untai rangkaian benda yg dicucuk seuntai manik
urat gelang atau benda yang kecil (halus) dan panjang dua urat gelang
utas benda yg berurai seutas jam tangan

0 ulasan:

Catat Ulasan