Isnin, 1 Oktober 2012

Soalan Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan
  • Kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
  • Ada masanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Contoh Para peserta sudah bersedia.

Penjodoh Bilangan
Penggunaannya
Contoh
baris
untuk benda atau manusia yang berbaris
kedai, kerusi, meja, murid. tulisan
bentuk
untuk benda-benda yang berbentuk
mata kali, cincin, subang
biji
untuk benda-benda yang kecil
buah, cawan, guli, telur
helai
untuk benda-benda yang lebar dan tipis
kertas, sampul, daun, baju
jambak
untuk benda yang berangkai-rangkai
bunga, kunci
tandan
untuk benda yang bergugus-gugus
kelapa, kelapa sawit, pisang

Latihan

Isi  tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1.    Mak Siti menggunakan _____________  benang untuk menjahit sepasang baju kurung.
       A.    secebis                    C. selembar
       B.    segelung                    D. sebuku

2.    Di tepi sungai terdapat beberapa__________________ buluh yang tumbuh dengan suburnya.
       A.    batang                    C. ruas
       B.    rumpun                    D. pucuk

3.    Sultan Mahmud telah berkenan menganugerahi Tun Perak _____________ keris sebagai menghargai jasa-jasanya kepada Negara.
      A.    sebilah                    C. sepucuk
      B.    selaras                    D. sebatang

4.    Pak Mail membeli beberapa_______________ petai di pasar.
      A.    kaki                     C. rawan
      B.    papan                    D. batang

5.    Adik Hasmah menghadiahkan _________________ bunga kepada Puan Guru Besar pada hari guru.
      A.    sejambak                 C. seulas
      B.    sebuah                     D. sebiji

6.    Salmah mengesat pewarna yang  tertumpah  di atas meja dengan _______________ kain buruk.
      A.    sepasang                 C. selembar
      B.    sebidang                     D. secebis

7.    Halim memegang _____________ galah untuk mengait _____________ rambutan.
      A.    sebuah……………………….. sebiji
      B.    sekaki…………………………. Setangkai
      C.    sekerat………………………. Segugus
      D.    sebatang……………………. Setangkai

8.    Ahmad amat berselera memakan se___________________ jagung bakar.
      A.    biji                         C. buku
      B.    buah                     D. tongkol

9.    Pak Abu memotong sebatang tebu agar setiap anaknya mendapat _________________.
      A.    seruas                     C. seketul
      B.    sehiris                     D. serumpun

10.    Pekebun itu membawa _______________ senapang dan __________________ tali semasa memburu di dalam hutan.
      A.    sekaki…………………… …..segelung        C. sebatang…………………….selembar
      B.    selaras………………………..seutas        D. sepucuk…………………….. selingkar

0 ulasan:

Catat Ulasan