Kata Ganda
- Kata ganda seluruh terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang (-)
- Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pada kata asalnya.
- Kata ganda bersajak terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan.
- Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan, baik yang merupakan awalan , akhiran, apitan atau sisipan.
Jenis Kata Ganda
|
Keterangan
|
Contoh
|
Kata Ganda
Seluruh
|
tunggal / satu .
jamak / banyak
|
anting-anting , gula-gula, kura-kura
baju-baju, pokok-pokok, rumah-rumah
|
Kata ganda
Separa
|
tunggal / satu .
jamak / banyak .
menyerupai sesuatu
|
lelabu, tetamu, pepatung, rerama
dedaun, pepohon, tetanga
kekuda, bebola, sesiku, lelangit
|
Kata Ganda
Bersajak
|
Kata nama .
Kata adjektif .
Kata kerja .
Kata Keterangan
|
gunung-ganang, bukit-bukau, kuih-muih
segar-bugar, hitam-legam, licin-licau
mundar-mandir, sorak-sorai, lalu-lalang
huru-hara, sunyi-sepi, gilang-gemilang
|
Kata Ganda
Berimbuhan
|
Pelbagai
Jamak / banyak .
Berulang-ulang .
Perbuatan menyaling
|
bunga-bungaan, hidup-hidupan,
tumbuh-tumbuhan
berguni-guni, berkotak-kotak, berpeti-peti
menggaru-garu, menarik-narik,
terkejar-kejar
bertolak-tolakan, kejar-mengejar,
kalah-mengalah
|
Latihan
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Air mata Suraya ______________ apabila mendengar berita tentang kematian neneknya.
A. memancut-mancut C. mencurah-curah
B. menitis-nitis D. membuak-buak
2. Punca kemalangan sering berlaku di kawasan itu adalah disebabkan jalan raya yang _____________________.
A. bersilang-silang C. bersilang-pangkah
B. bertali-arus D. bersimpang-siur
3. Keadaan di depan pintu gol pasukan Kedah _______ akibat daripada asakan bertubi-tubi pasukan lawan.
A. haru-biru C. hiruk-pikuk
B kacau-bilau D. kucar-kacir
Soalan 4 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
4. Intan ________ apabila Kak Zura mengusiknya di hadapan para tetamu.A. terkial-kial
B. termalu-malu
C. terketar-ketar
5. Tulislah _______________________ supaya karangan kamu mudah dibaca.
A. masak-masak C. mudah-mudah
B. betul-betul D. terang-terang
6. ___________________ jelas kedengaran dari tempat berlangsungnya konsert itu.
A. Riuh-rendah C. Desas-desus
B. Sorak-sorai D. Hiruk-pikuk
7. Adik saya berada dalam ketakutan semasa hujan turun dengan lebat yang disertai kilat _______________________ .
A. sambar-menyambar
B. berdentam-dentum
C. sabung-menyabung
8. Walaupun keluarganya miskin, ___________________dia tidak menjadi peminta sedekah bagi menyara keluarganya.
A. seolah-olah C. sekali-sekali
B. seboleh-bolehnya D. setahu-tahu
9. Seni silat dan pantun adalah warisan_____________________ nenek moyang orang Melayu sejak lama dahulu.
A. saki-baki C. turun-temurun
B. masing-masing D. suku-sakat
10. Pencuri itu __________ untuk melepaskan diri setelah ditangkap oleh pihak polis.
A. meraung-raung C. menarik-narik
B. melaung-laung D. meronta-ronta
0 ulasan:
Catat Ulasan