Kata Adjektif
- Kata adjektif adalah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.
- Kata adjektif dapat disertai kata penguat seperti amat, paling dan sangat.
Jenis adjektif
|
Contoh
|
pancaindera
perasaan
waktu
jarak
bentuk
ukuran
warna
sifat/ keadaan
|
masin, masam, manis,
pahit, tawar, payau
geram, marah, sakit,
risau, benci, suka, gembira
lewat, cepat, lambat, awal,
sayup, dekat, hampir, jauh
bulat, lonjong, pipih,
leper, empat segi,
panjang, pendek, luas,
lebar, sempit, ketat, longgar
merah, biru, hitam,
kuning, putih, hijau, ungu
lembut, sihat, cergas, sakit,
lesu, gagah
|
Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Kain selendang yang __________ buatannya itu hasil tenunan tangan.
A licin C halus
B kecil D lembut
2. Borang ini hendaklah dihantar __________ kepada pihak penganjur
A awal C lambat
B segera D dahulu
3. Semenjak bergelar ibu tunggal, Puan Yana terpaksa bekerja __________ untuk menyara tujuh orang anaknya
A keras C lambat
B cepat D jarang
4. Pengemis itu makan nasi dengan begitu __________ kerana tidak makan apa-apa sejak semalam.
A kuat C lahap
B lekas D cemas
5. Sikap pemandu kenderaan yang cuai adalah punca kadar kemalangan di negara ini______
A tinggi C rendah
B ringan D kuat
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasakan gambar dibawah
6. Sampan kecil itu __________ dengan buah kelapa dan buah cempedak yang baru dipetik dari kebun Lebai Malau
A muat C berat
B ketat D sarat
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasakan gambar dibawah
7. Pokok nanas banyak ditanam Pontian di negeri Johor yang mempunyai tanah __________.
A gersang
B lembut
C gambut
8. Dino membuang ke dalam tong sampah, buah jambu yang __________ dan hampir busuk itu
A kembang C lebam
B lembam D kusam
9. Jiwa dan perasaannya lebih __________ setelah pulang dari Mekah
A tenang C gembira
B terharu D bimbang
10. Kakak mahu menyiapkan kerja sekolahnya __________ sebelum makan
A segera C dahulu
B lambat D sekarang
0 ulasan:
Catat Ulasan