Isnin, 1 Oktober 2012

Soalan Kata Nama Arah

 Kata Nama Arah
  • Kata nama arah ialah kata yang diletakkan sebelum frasa nama dan selepas kata sendi.
  • Contoh kata nama arah ialah atas, luar, hadapan, belakang dan sebagainya.

Latihan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
       


1.   Rumah datuk Ahmad terletak di __________ sungai.
    A    tengah              C    hujung
    B    dalam               D    tepi
               

2.   Ibu menjemput kawan-kawannya yang baru sampai masuk ke __________ rumah
    A    atas                C    tengah
    B    dalam              D    hadapan

3.   Negeri Perlis terletak di __________ Semenanjung Malaysia
    A    hadapan          C    utara
    B    selatan             D    atas


4.   Ribut taufan yang bertiup kencang dari sebelah __________ telah menyebabkan kemusnahan beberapa buah rumah di kampung itu.
    A    belakang         C    sudut
    B    penjuru            D     barat

5.   Mereka dipilih dari __________ kebolehan menguasai kemahiran bahasa untuk pertandingan pidato.
    A    atas                C    antara
    B    segi                D    dalam

6.   Penyelam itu berjaya menyelam sehingga ke __________ tasik itu.
    A    tepi                C    bawah
    B    dasar              D    tengah


7.   Pak Rahim mula mengusahakan tanah di __________ rumahnya dengan harapan tanamannya itu dapat membuahkan hasil yang lumayan.
    A    tengah            C    bawah
    B    belakang         D    atas

8.   Kanak-kanak yang malang itu  lemas kerana terjatuh ke __________ sungai.
    A    luar                C    penjuru
    B    tepi                D    dalam

9.   Ayahnya pernah bertugas di __________ negara sebagai pasukan pengaman PBB.
    A    luar                C    dalam
    B    tepi                D    penjuru
   
10.  Banyak rumah setinggan dibina di __________ bandaraya Kuala Lumpur.
    A    sisi                C    hadapan
    B    pinggir           D    samping

0 ulasan:

Catat Ulasan