Ahad, 30 September 2012

KATA BILANGAN

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat

1. Menyatakan jenis-jenis kata bilangan.
2. Mengenal jenis-jenis kata bilangan.
3. Membina ayat dengan menggunakan kata bilangan dengan betul.
Kata Bilangan

Kata bilangan terdiri daripada perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.


Menurut Prof. Abdullah Hassan, kata bilangan memberitahu jumlah orang, benda atau perkara. Menurut Prof. Abdullah Hassan ada 6 jenis kata bilangan iaitu :

1. Bilangan Kardinal / bilangan tentu - satu, dua, seribu, sejuta
2. Bilangan tak tentu - segala, semua, beberapa, seluruh, sekian, para
3. Bilangan pisahan - setiap, tiap-tiap, masing-masing
4. Bilangan himpunan - berpuluh-puluh, berjuta-juta
5. Bilangan pecahan - separuh, setengah, sebahagian, tiga suku.
6. Bilangan ordinal / giliran - pertama, kedua, keseribu, kedua ratus


Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan


0 ulasan:

Catat Ulasan