Ahad, 30 September 2012

Aktiviti Dalam Kelas

Pastikan bilik darjah dalam keadaan bersih dan kemas, mungkin dengan bantuan pencuci ataupun jaga sebelum bertemu buat pertama kali dengan pelajar kelas kita. Ini dapat menetapkan standard yang dikehendaki dan pelajar hendaklah diberitahu supaya terus mengekalkan tahap kebersihan dan kekemasan.
Periksa susunan tempat duduk, rujuk senarai kelas dan pastikan kerusi meja mencukupi. Jangan adakan terlalu banyak undang-undang dan peraturan. Walaupun bagitu, kita perlu memberitahu pelajar beberapa rutin bilik darjah yang mesti dipatuhi. Kita juga mesti mendapatkan persetujuan dan pengesahan ketua jabatan berkenaan rutin yang ditetapkan.

Mungkin kita dapati perkara berikut mustahak difikirkan:

1. Jangan merokok, minum ataupun makan termasuk gula-gula getah.
2. Sampah sarap dan habuk pensel mesti dimasukkan ke dalam bakul sampah yang disediakan.
3. Hanya barang yang diperlukan untuk pelajaran yang dibawa masuk ke dalam bilik darjah.
4. Meja tulis dibersihkan selepas tamat pelajaran dan tinggalkan bilik darjah dalam keadaan bersih dan kemas.

Semasa memperkenalkan rutin, jelaskan kepada pelajar rutin seperti ini perlu bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyenangkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan