Ahad, 30 September 2012

Tingkah Laku Pelajar

TINGKAH LAKU PELAJAR DI DALAM KELAS

Pelajar tidak tahu corak kelakuan yang dikehendaki di dalam bilik darjah melainkan diterangkan terlebih dahulu kepada mereka.

Terangkan perkara berikut dalam pertemuan pertama kita dengan pelajar :

1. Bercakap ataupun berbisik:-
Tegaskan kepada pelajar, mereka dikehendaki menumpukan perhatian spenuhnya kepafa penyampaian kita dan bunyi lain di dalam bilik darjah dapat mengganggu tumpuan mereka.

2. Respons kepada soalan:-
Memanggil secara rambang adalah tidak sesuai. Mulakan rutin tetap.

3. Guru keluar bilik:-
Tegaskan kepada pelajar, tidak mungkin timbul keadaan tiada tugas untuk mereka buat atau selesaikan. Jika tidak semena-mena kita dipanggil keluar, pelajar dikehendaki meneruskan kerja mereka, sambungt ke latihan sterusnya ataupun mengulang kaji; tiada alasan bagi mereka berbual kosong, membuat bising dan mengganggu keadaan.

4. Agihan buku dan bahan mengajar:-
Tetapkan rutin edaran bahan, misalnya mengikut sepanjang barisan tempat duduk pelajar ataupun dari belakang ke depan. Guru pula mengedarkan ataupun mengumpulkan bahan daripada pelajar pada hujung barisan.

5. Permulaan pelajaran:-
Pelajar ada di tempat masing-masing tepat pada masanya dengan buku terbuka, pensel diasah dan lain-lain serta bersiap sedia bagi memulakan pelajaran.

6. Akhir pelajaran:-
Meja tulis dalam keadaan bersih, kemas dan pelajar beredar dengan teratur.

Mungkin sudah ada jadual giliran kerja untuk ketua kelas ataupun penolongnya. Tugas mereka adalah untuk menentukan bilik darjah sentiasa kemas, membersihkan papan hitam dan sebagainya. Wajar bagi kita mengikut rutin tersedia itu. Jika belum wujud seperti ini, kita bolehlah memulakannya. Kakitangan yang sudah lama bertugas di sekolah itu mungkin dapat membantu jika kita meminta bantuannya. Guru memang sentiasa sebuk, oleh itu terpulanglah kepada guru baharu itu sendiri memberitahu bahawa mereka memerlukan bantuan.

0 ulasan:

Catat Ulasan