Ahad, 30 September 2012

KATA NAFI

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat

1. Mengenal pasti penggunaan kata nafi.
2. Mengisi tempat kosong dengan menggunakan kata nafi yang sesuai.

Kata nafi

Menurut  Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 249) kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu (Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, 2002 : 67). Kata nafi terdiri daripada bukan, tidak dan jangan. Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi biasa frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 249).


Contoh Ayat Larangan

1. Dia bukan murid di sekolah ini.
2. Idah tidak pandai memasak kari ayam
3. Jangan membuang sampah-sarap di merata tempat.

0 ulasan:

Catat Ulasan