- Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata yang lain.
ajaib - aneh
bakti - jasa cegah - larang dahulu - silam empuk - lunak genap - cukup helah - dalih
|
ikhlas
- jujur
jawab - sahut kental - pekat
lincah - cergas mustahak - penting nasib - takdir
pulih - sembuh
|
rezeki
- nafkah
sisa
- baki
tekad - azam
utus
- wakil
wajar
- patut warkah - surat
yakin - percaya
|
Latihan
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Cikgu Zaman mendesak Yusnita supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya. Perkataan seerti bagi mendesak ialah
A merayu C. memaksa
B merungut D. menyuruh
2. Jurutera itu sedang memantau kerja-kerja pembinaan di tapak projek itu. Perkataan seerti bagi memantau ialah
A melihat C memintas
B memerhati D memandai
3. Murid-murid yang menyertai kem motivasi itu mendapat banyak iktibar daripada ceramah motivasi sebentar tadi. Perkataan seerti bagi iktibar ialah
A keputusan C contoh
B pengajaran D pengalaman
4. Lokman mengeluh akan nasibnya yang malang . Perkataan seerti bagi mengeluh ialah
A merayu C merungut
B merintih D menggerutu
5. Ibu tidak membenarkan abang menyertai rombongan sekolahnya ke Kuala Lumpur. Perkataan seerti bagi membenarkan ialah
A mengizinkan
B membolehkan
C menggagalkan
6. Baju Pak Hashim lencun kerana hujun lebat . Perkataan seerti bagi
lencun ialah
A hapak C kuyup
B kering D lembab
7. Rambutnya dipotong pendek supaya kelihatan lebih kemas. Perkataan seerti bagi dipotong ialah
A digaya C dilapah
B dituai D dipangkas
8. Kelahiran cahaya mata Encik Ali dengan Puan Rahmah itu diharapkan dapat membawa rahmat kepada keluarganya. Perkataan seerti bagi rahmat ialah
A restu C hutang
B berkat D ganjaran
9. Pemuda itu berfikiran cetek kerana kurang membaca. Perkataan seerti bagi cetek ialah
A tohor C sesak
B ketat D sempit
10. Hutang-hutang di kedai itu sudah dilangsaikannya semalam. Perkataan seerti bagi dilangsaikan ialah
A dilesapkan C ditunaikan
B dilunaskan D dihapuskan
0 ulasan:
Catat Ulasan