Isnin, 1 Oktober 2012

Soalan Kata Seru

Kata Seru
  • Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti geram, harian, marah, sakit, cemas, gembira dan sebagainya.
  • Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan (mempunyai tanda seru (!) di akhir ayat).


Kata Seru
Penggunaannya
aduh
aduhai
ah
eh
hai
nah
oh
wah /amboi
wahai
untuk menyatakan perasaan sakit atau kagum
untuk menyatakan perasan sedih.
untuk menyatakan tidak setuju atau menolah sesuatu
untuk membayangkan rasa hairan atau terkejut.
untuk menyatakan perasaan hendak menyapa atau menarik perhatian
untuk menarik perhatian dan berbagai-bagai maksud
untuk menyatakan perasaan kecewa, hairan terkejut dan sebagainya.
untuk menyatakan perasaan hairan dan kagum
untuk menyatakan perasaan sedih atau menarik perhatian

Latihan

Isi  tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1.   “___________, cantik sungguh rumah baru kamu ini! Kata Su Anne kepada Hanna.
    A. Aduh                C. Eh
    B. Wah                D. Cis

2.    _________ , rupa-rupanya aku tertinggal bekalan di rumah!
    A. Oh                C. Aduh
    B. Ah                D. Cih

3.   “_____________ , sakitnya gigiku! Kata Fairuz.
    A. Nah                C. Aduh
    B. Wah                D. Amboi

4.   Pesan Mazlan kepada Borhan ”_________ adikku, ingatlah bahawa Peperiksaan UPSR 
      sudah dekat”.
    A. Oh                C. Wahai
    B. Amboi            D. Aduhai

5.   ”_________ , makcik rupa-rupanya!”
    A. Hai                C. Eh
    B. Wah                D. Cis


6.   “_________ , cantiknya bunga-bunga di taman ini !”
    A. Ah                C. Amboi
    B. Cis                D. Wahai


7.   “_________ , anak-anakku, belajarlah bersungguh-sungguh!”
    A. Wahai            C. Eh
    B. Amboi            D. Aduh


8.   ”_________ , aku tak mahu ke sana lagi!”
    A. Ah                C. Wah
    B. Hai                D. Eh


9.   “_________ , saya Munirah! Selamat datang ke sekolah ini.
    A. Eh                C. Hai
    B. Oh                D. Aduhai


10.   ”_________ , sakitnya betisku ini!” kata Wak Leman.
    A. Amboi            C. Ah
    B. Aduh                D. Cis
 


0 ulasan:

Catat Ulasan