Isnin, 1 Oktober 2012

Soalan Antonim – Perkataan Berlawanan

Antonim – Perkataan Berlawanan
  • Antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata yang lain.

Abadi    -    sementara
adil        -    zalim           
ajaib      -    biasa            
alah       -    menang        basah      -    kering               cerah     -     gelap          
 isi         -     kulit
jajah       -    merdeka
kusut     -    kemas      
lapang     -    sempit         musuh     -    kawan           naik        -    turut              pipih       -    bulat           racun      -   penawar
rela        -    enggan
sah         -    batal  
samar     -    terang
sangsi     -    yakin            sarat       -    kosong      
sedut     -     hembus      
segar     -       layu

Latihan

Isi  tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Hasraf mencurigai apa yang telah dilakukan oleh Amin terhadapnya selama ini. Perkataan berlawan bagi mencurigai ialah
    A    menganuti                 C    mentauhidkan
    B    mempercayai            D    mengharapkan

2. Pengawal tidak membenarkan sesiapapun masuk melalui pintu itu kecuali mereka yang dibenarkan sahaja. Perkataan berlawan bagi masuk ialah
    A    redah
    B    keluar
    C    rempuh

3. Ramai perajurit yang setia kepada sultan Melaka telah terkorban dalam  pertempuran antara tentera Protugis. Perkataan berlawan bagi setia ialah
    A    akur                    C    bengis
    B    zalim                    D    derhaka


4. Kapal kargo yang penuh muatan dagangan sedang berlabuh itu milik Syarikat Melati Jaya Berhad. Perkataan berlawan bagi berlabuh ialah
    A    belayar                 C    berlepas
    B    berhenti                D    mendarat
   
5. Ulat beluncas gemar makan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lembut dan hijau. Perkataan berlawan bagi lembut ialah
    A    keras                   C    padu
    B    pejal                    D    kuat
   
6. Mangsa tsunami itu berasa sedih kerana banyak barangnya telah rosak. Perkataan berlawan bagi sedih ialah
    A    sukacita                C    bangga
    B    senyum                  D    ketawa

7. Kakak menyorong kerusi itu kepada Amran. Sementara itu, Yusri sudah terlena daripada tidurnya. Perkataan berlawan bagi menyorong dan terlena ialah
       A    menarik ... terjaga
       B    memberi ... tertidur
       C    meletak ... tercokoh
       D    mengambil ... terduduk

 8. Encik Rahmat membatalkan hasratnya hendak membeli kereta Proton Waja . Perkataan berlawan bagi membatalkan ialah
    A    menafikan
    B    mengesahkan
    C    mengumumkan

9. Pemuda itu telah dilantik sebagai pekerja sementara di Kilang Percetakan Majujaya. Perkataan berlawan bagi sementara ialah
    A    kekal                     C    kejap
    B    kemas                    D    kukuh

10. Askar-askar berdiri tegak, ketika perbarisan itu diperiksa oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia. Perkataan berlawan bagi tegak ialah
    A    condong                C    bengkok
    B    bongkok                D    lengkong

0 ulasan:

Catat Ulasan