Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengenal pasti dan menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 kata sendi nama dalam petikan
2. Mengisi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai
3. Menggunakan kata sendi nama yang sesuai dalam ayat.
4. Membina satu ayat tunggal dengan menggunakan kata sendi nama dengan betul.
5. Menyatakan perbezaan penggunaan kata sendi nama.
Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Contoh kata sendi nama ialah.
Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan