Ahad, 30 September 2012

KATA ADJEKTIF

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat

1. Mengenal pasti jenis-jenis kata adjektif.
2. Membina ayat yang betul dengan menggunakan kata adjektif.
Kata Adjektif

Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu:


Perbandingan Dalam Frasa Adjektif

Perkataan yang digunakan dalam perbandingan frasa adjektif adalah seperti, se, lebih, paling, ibarat dan laksana.
Contoh ayat

1. Amira pandai.

2. Amira pandai seperti Kancil.
(pandai seperti membawa maksud hampir sama, kesamaan)

3. Amira sepandai Nora.
(sepandai membawa maksud sama)

4. Amira lebih pandai daripada Nora.
(lebih pandai menunjukkan darjat / tingkat yang lebih)

5. Amira paling pandai dalam kalangan murid di dalam kelas 1 Biru.
(kata penguat paling menunjukkan sangat pandai).

Mengikut Tatabahasa Dewan, terdapat tiga darjah perbandingan kata adjektif iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan.

Perbandingan dengan darjah biasa
Perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan kata penguat / kata perbandingan. Kata adjektif cantik, besar dan rajin tidak dibandingkan dengan sesuatu.

1. Rumah ini cantik.
2. Dewan itu besar.
3. Dia rajin.

Perbandingan dengan darjah bandingan
Dalam Tatabahasa Dewan, penggunaan awalan se- untuk menyatukan darjah bandingan. Kata adjektif awalan se- menunjukkan bandingan sama.

1. Wajah  Sujinah secantik ibunya.
2. Buku ini tidak semahal buku itu.
3. Kereta Amin sebesar kereta Azman.

Awalan se- membawa maksud ‘sama atau hampir sama’. Kata Adjektif dibandingkan dengan benda lain yang membawa maksud mirip / sama.

1. Dia garang seperti harimau.
2. Amira cantik seperti bidadari.

0 ulasan:

Catat Ulasan