Ahad, 30 September 2012

KATA SERU

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat

1. Mengenal pasti penggunaan kata seru dalam ayat
2. Memberi contoh kata seru
3. Mengisi tempat kosong dengan kata seru yang betul
4. Mengenal pasti penggunaan kata seru yang betul dalam ayat.
5. Membina ayat dengan menggunakan kata seru dengan betul.
Kata Seru

Menurut  Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 243), kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.

Kata Seru merupakan kata tugas yang digunakan dalam pembentukan ayat seruan dengan tujuan melahirkan berbagai-bagai perasaan. Kata Seru menyatakan pelbagai perasaan marah, gembira, sakit dan terkejut.

Contoh kata seru adalah seperti wah, oh, amboi, aduh cis, nah, wahai, syabas dan kasihan.

Ayat yang menggunakan kata seru diucapkan dengan nada atau intonasi seruan dengan tanda seru (!) diletakkan pada akhir ayat.


1 ulasan: