Ahad, 30 September 2012

Cara Pengajaran

PENGAJARAN SECARA INDIVIDU, BERKELOMPOK DAN SEKELAS

Sumber pengajaran dapat digunakan secara maksimum apabila kelas diajar sebagai satu unit. Namun begitu, selepas berinteraksi dalam beberapa jam sahaja, guru mendapat gambaran jelas tentang kebolehan pelajar dan dapat mengenal pasti pelajar cerdik, lazimnya kelompok terkecil, dan pelajar lembap serta pelajar sederhana yang merupakan kelompok yang lebih besar.
1. Pengajaran untuk kelas:-

Seberapa boleh, guru harus berusaha mengajar kelas secara keseluruhan. Maksudnya, segala kenyataan kita ditujukan kepada seluruh kelas dan semua pelajar bagi menjalankan aktiviti yang sama. Cara ini bermakna pelajar menerima seratus peratus masa dan perhatian kita. Biasanya, rutin seperti ini tidak perlu diubah. Walaupun begitu, anda berhadapan dengan kelas pelbagai peringkat kebolehan. Kita patut mengambil langkah mengenal pasti jenis kelompok di dalam kelas itu. kita dapat mengenal pasti kelompok di dalam kelas dengan memerhatikan pelajar melalui cepat ataupun lambatnya pelajar itu menyempurnakan satu set latihan, memberikan rsepons pada soalan yang diajukan dan melalui tahap kerja rumah mereka.

Kelas dapat dipisah-pisahkan kepada beberapa kelompok. setiap kelompok terdiri daripada pelajar yang sama peringkat kebolehannya. Pelajar boleh bertukar daripada satu kelompok ke kelompok lain berdasarkan pemantauan yang berterusan terhadap prestasi mereka. Mungkin guru masih dapat mengajar kelas secara keseluruhan, tetapi tugasan di dalam kelas serta kerja rumah harus berbeza menurut peringkat keupayaan setiap kelompok. Kelompok pelajar cerdik diberi tugas tambahan manaka kelompok pelajar yang rendah kebolehannya dikurangkan tugasannya.

2. Pengajaran berkelompok:-

Apabila perbezaan peringkat kebolehan pelajar terlalu ketara, guru boleh menetapkan kelompok kepada beberapa kumpulan seperti cepat, sederhana dan lambat. Ini adalah ikhtiar terakhir kerana ia dapat mengubah jangka masa interaksi guru dengan setiap pelajar. Walaupun begitu, cara ini sungguh bermanfaat apabila dapat meningkatkan pembelajaran. Pelajar perlu dibahagikan mengikut kelompok yang bersesuaian yang sudah dikenal pasti. Bagi memudahkan hubungan, tempatkan ahli setiap kelompok di kawasan yang sama. Walaupun semasa mengajar kelas dibahagikan kepada beberapa kelompok. Guru hendaklah berusaha sekali-sekala menyatukankelas sebagai satu unit. Ini dapat mewujudkan kepelbagaian dalam pelajaran dan pada masa yang sama mengekalkan identiti kelas.

Mulakan dengan idea umum yang diketahui oleh semua kelompok. seterusnya diikuti dengan aktiviti bersama seperti latihan ringkas yang dapat dilakukan oleh semua pelajar. Teruskan mengajar kelompok cerdik, dengan mencelah aktiviti yang sedang dijalankan, berikan bimbingan yang sesuai dengan keperluan kelompok dan berikan tugas tambahan. Kelompok ini menyempurnakan tugas pertama dan kemudian membuat tugas tambahan yang diberi oleh guru. Sementara itu, kelompok lain menumpukan sepenuhnya perhatian kepada tugas mereka.

Guru pula beralih ke kelompok kedua dan akhirnya ke kelompok ketiga. Tahap tugas diberi sesuai dengan peringkat kebolehan kelompok dan pelajar dapat menyempurnakansegala latihan di dalam kelas. Selepas guru berurusan dengan kelompok ketiga, pelajar lain juga sudah menyempurnakan latihan ringkas tadi. setrusnya, seluruh kelas membuat tugas tambahan. Ketiga-tiga kelompok menyempurnakan tugas terakhir tadi lebih kurang pada masa yang sama. Kemudian, anda boleh menyatukan mereka semula apabila perlu.

3. Pengajaran secara individu:-

Perkara ini berlaku pada setiap pelajaran walaupun tempohnya hanya seketika seperti semasa guru berhenti di meja pelajar dan berbincang dengan pelajar itu. Objektif ini memang dikehendaki oleh semua. Selepas seminggu atau beberapa minggu, pelajar sepatutnya sudah mendapat perhatian secara individu oleh guru walaupun hanya bertemu sekali seminggu. Interaksi seperti ini memerlukan beberapa saat ataupun seminit dua sahaja. Aturkan penemuan di luar masa kelas bagi pelajar yang memerlukan bantuan yang mengambil pasa yang lebih.

Pengajaran secara individu memakan banyak masa dan hanya membazirkan tenaga apabila dilakukan di dalam kelas. Ada pusat latihan dan maktab swastayang mendaftar pelajar harian. Setiap pelajar di dalam kelas itu berada pada peringkat kebolehan yang berlainan. Akan tetapi, keadaan seperti ini jarang berlaku. Guru yang menghadapi keadaan ini harus membahagi masanya dalam kalangan pelajar yang hadir dengan memberikan arahan dan menetapkan tugas bagi setiap pelajar. Guru perlu berusaha mencari titik persamaan bagi setiap pelajaran supaya pengajaran yang berkesan dapat disampaikan kepada kelas walaupun selama beberapa minit sahaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan