Ahad, 30 September 2012

KATA KERJA

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat

1. Membezakan kata kerja transitif dengan kata kerja tak transitif.
2. Membina ayat dengan menggunakan kata kerja dengan betul.
Kata Kerja

Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 139), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu :

i) Kata kerja transitif
ii) Kata kerja tak transitif


Kata Kerja Transitif

Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143)

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 141)


Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)


Kata Kerja Transitif

Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).

Contoh:

1.  Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2.  Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu :

i)      Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii)     Kata kerja tak transitif berpelengkap

Contoh:
1.  Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2.  Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.

Contoh:
1. Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif tidak diikuti oleh pelengkap dikenali sebagai kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

Contoh:
1. Pegawai penerangan sudah tiba.

0 ulasan:

Catat Ulasan