Ahad, 30 September 2012

Contoh Karangan UPSR Karangan Peribahasa

Peribahasa

Tajuk : Nasi Sudah Menjadi Bubur



Sazali ialah anak bongsu dalam kalangan adik-beradiknya.Dia telah dimanjakan secara keterlaluan oleh ibu dan ayahnya.Segala kemahuannya dituruti oleh keluarganya.Dia tidak suka mencontohi sikap kakak dan abangnya yang rajin . 


Dia juga sering pulang lewat malam walaupun telah ditegah oleh kakak dan abangnya kerana dia tak akan ditegur oleh ayahnya yang sibuk bekerja.Dia juga bergaul dengan kawan yang tidak berakhlak . 

Lebi-lebih lagi,dia mula mencuri di kedai-kedai.Dia berasa puas dan gembira apabila telah melakukan perlakuan yang tidak bermoral itu.Dia juga tidak mendengar akan nasihat ibu bapanya seperti mencurah air ke daun keladi. 

Pada suatu hari,dia dan rakan-rakannya telah membuat satu rancangan untuk merompak sebuah bank yang berdekatan dengan taman perumahan mereka.Dia telah memebuat perancangan yang sungguh teliti.Tetapi malang tidak berbau,Sazali dan rakan-rakannya telah ditangkap semasa asyik merompak bank oleh salah seorang kawan anggota polis yang kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan itu. 

Sazali dan rakan-rakannya telah dipenjarakan selama sepuluh tahun.Dia juga dijatuhkan hukuman rotan sebanyak lima kali kerana kesalahan merompak. 

Walau bagaimanapun, "nasi sudah menjadi bubur".Tiada gunanya untuk menyesal.Oleh itu,kita tidak seharusnya melakukan sesuatu perkara yang boleh membawa keburukan kepada diri kita. 

#Maafkan jikalau tersilap perkataan,tersalah kosa kata ! Sekali lagi saya ingin meminta maaf. ^.^
 

0 ulasan:

Catat Ulasan