Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Menyatakan makna sesuatu perkataan.
2. Membezakan makna perkataan yang mempunyai ejaan yang berbeza.
3. Membetukan kesalahan penggunaan kata dalam ayat.
Kata Banyak Makna
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Menyatakan makna sesuatu perkataan.
2. Membezakan makna perkataan yang mempunyai ejaan yang berbeza.
3. Membetukan kesalahan penggunaan kata dalam ayat.
Kata Banyak Makna
Kata | Maknanya |
Akal | 1. fikiran 2. ikhtiar 3. muslihat, tipu helah |
Alamat | 1. tanda 2. tempat tinggal 3. keterangan nama tempat, jalan, nombor rumah,poskod dan menunjukkan tempat tinggal seseorang. |
Barang | 1. benda 2. lebih kurang 3. apa-apa saja |
Bermuka-muka | 1. beberapa banyak muka surat. 2. berpura-pura atau tidak ikhlas |
Bersimpang-siur | 1. bergerak ke sana ke mari. 2. silang-menyilang kerana terlalu banyak. 3. terlalu banyak likunya, berliku-liku. |
Besar | 1. tidak kecil. 2. kuat dan lurus kawasan pemerintahnya. 3. penting, berpengaruh, berkuasa 4. tugas penting, hajat atau niat. |
Cerah | 1. terang 2. jernih. 3. agak putih. 4. berseri, tidak muram. 5. baik, bahagia. |
Cetek | 1. tidak luas (pengetahuan) 2. tidak dalam (air) |
Dalam | 1. tidak cetek 2. luas pengalaman |
Diam | 1. tidak bercakap, senyap 2. tinggal |
Diam-diam | 1. senyap-senyap, tidak memberitahu sesiapa. 2. tidak berbuat apa-apa |
Dingin | 1. sejuk 2. tidak meriah |
Faedah | 1. guna, manfaat. 2. bunga, laba, untung |
Halaman | 1. muka surat. 2. pekarangan rumah |
Halus | 1. kecil-kecil. 2. beradab |
Hampa | 1. kecewa 2. tidak berisi 3. kosong |
Hangat | 1. berita yang masih baru 2. panas |
Haus | 1. dahaga 2. sangat ingin mendapatkan sesuatu 3. menjadi tidak tebal kerana tergosok atau banyak digunakan |
Jelas | 1. terang, nyata 2. selesai, beres |
Kemas | 1. teratur 2. disiapkan dengan baik 3. kuat, teguh, erat. |
Kemasukan | 1. dimasuki oleh sesuatu 2. yang behubung dengan perihal masuk |
Kepantasan | 1. kelajuan 2. kecekapan |
Lapangan | 1. kawasan yang luas 2. jurusan, bidang |
Lapang | 1. luas 2. tidak sibuk |
Masak | 1. boleh dipetik dan dimakan 2. tidak mentah 3. berpengalaman |
Menganjurkan | 1. mengemukakan, mengesyorkan, mencadangkan 2. mengadakan 3. menghulurkan atau memajukan ke depan |
Menggosok-gosok | 1. menggilap |
Menjelaskan | 1. menerangkan atau menghuraikan dengan
lebih lanjut 2. menyelesaikan hutang |
Menjemput | 1. mengambil 2. mengambil atau mencubit dengan menggunakan hujung jari |
Melancarkan | 1. memulakan sesuatu dengan cepat /
meluncurkan 2. memudahkan / melicinkan sesuatu usaha 3. melakukan / mengadakan sesuatu serangan, tindakan |
Melepaskan | 1. membebaskan / menjadi tidak terikat 2. menghilangkan (letih / penat) 3. memberikan / menguntukkan 4. mengeluarkan / membiarkan keluar (perasaan) |
Membuka | 1. menjadikan tidak bertutup 2. menghidupkan sesuatu 3. memberikan peluang |
Memotong | 1. mengerat / memenggal 2. mengurangkan sesuatu 3. memintas 4. mencelah percekapan orang 5. menoreh getah |
Menyaingi | 1. mengiringi / menemani 2. menandingi / berlawan |
Menahan | 1. tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak
membenarkan, menghentikan. 2. melawan / menangkis serangan 3. melambaikan tangan untuk menyuruh kenderaan berhenti 4. menguatkan diri supaya sanggup menderita |
Menelan | 1. memasukkan sesuatu ke dalam perut
melalui kerongkong 2. banyak memerlukan 3. terpaksa menerima sesuatu yang tidak menyenangkan |
Menuntut | 1. mendesak 2. mencari ilmu |
Pengajaran | 1. sesuatu yang diajar 2. pedoman |
Rasa | 1. rasa dengan lidah 2. pendapat, fikiran 3. keadaan hati terhadap sesuatu |
Serong | 1. tidak lurus, tidak tepat letaknya 2. tidak jujur, curang |
Tahan | 1. tidak mudah rosak 2. sanggup menderita 3. cukup, memadai |
Tajam | 1. dapat memotong dengan mudah 2. cerdik 3. keras atau pedas (perkataan, kritik) |
Tawar | 1. tidak terasa apa-apa 2. tidak mujarab, hilang kekuatan 3. tidak berkemahuan, tidak bernafas / bersemangat 4. meminta dikurangkan harga barangan. |
0 ulasan:
Catat Ulasan