Isnin, 8 Oktober 2012

Aktiviti 08/10/2012

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN


Tarikh/Hari  :    Isnin                                                                         Masa        : 8.00-9.00pagi
Kelas:     6 Arif                                                                                   Bil pelajar : 29 Orang
M/pel: Bahasa Melayu
Tajuk: Pendidikan Lalu Lintas
Objektif:
Pada akhir pembelajaran,murid-murid dapat:
•    Menghuraikan empat rangkap lirik lagu yang dibaca.
•    Menyenaraikan lima nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu
yang di baca dan menulisnya semula dalam bentuk ulasan satu perenggan.

PSA        : Murid pernah menunggang dan membonceng basikal.
Konsep  : Kepentingan pendidikan lalu lintas.
Nilai       : Berhati-hati,berhemah tinggi,kesabaran.
Kemahiran :  Fokus utama   : 11.2  aras 1
                                                     1.5  aras 2



Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set induksi
Gambar situasi di hospital
1. Guru menayangkan gambar situasi di hospital.
2. Guru mengaitkan tajuk pelajaran yang akan dipelajari dengan gambar yang dilihat.
1. Murid menyatakan gambar yang dilihat BBM :
1. Risalah kempen keselamatan jalan raya.
2. Gambar pengguna Jalan raya.
3. Peta minda
langkah 1
lirik lagu
1.Guru mengedarkan lirik lagu 'Insaflah diri'. 1.Murid membaca dan menghayati lirik lagu Insaflah diri'.
langkah 2
Maksud rangkap lagu
1.Guru meminta murid membincangkan maksud rangkap dalam lagu secara berkumpulan. 1.Murid menjalankan aktiviti berkumpulan iaitu membincangkan maksud rangkap dalam lagu
langkah 3
Pembentangan kumpulan
1.Guru meminta murid membentangkan hasil kumpulan di hadapan kelas. 1.Wakil kumpulan membentangkan hasil tugasan.
langkah 4
Ayat menarik dalam lagu
1.Guru meminta murid menyatakan ayat-ayat menarik dalam lagu dan menyatakan maksud secara sumbangsaran. 1. Murid menyatakan ayat-ayat menarik dalam lagu dan menyatakan maksudnya secara sumbang saran.
langkah 5
Nilai murni dan pengajaran
1.Guru meminta murid menyenaraikan nilai dan pengajaran berdasarkan lirik lagu. 1.Murid menyenaraikan nilai dan pengajaran berdasarkan lirik lagu
2.Murid menulis semula nilai murni yang di peroleh dalam bentuk ulasan satu perenggan.
Penutup
Rumusan
1.Guru merumus isi pelajaran dan penerapan nilai. 1.Murid menyatakan sekali lagi nilai yang terdapat dalam lirik lagu.

0 ulasan:

Catat Ulasan