Isnin, 8 Oktober 2012

Dedicated To The Heroic Fighters In The Cause Of Peace And Freedom


Aktiviti 08/10/2012

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN


Tarikh/Hari  :    Isnin                                                                         Masa        : 8.00-9.00pagi
Kelas:     6 Arif                                                                                   Bil pelajar : 29 Orang
M/pel: Bahasa Melayu
Tajuk: Pendidikan Lalu Lintas
Objektif:
Pada akhir pembelajaran,murid-murid dapat:
•    Menghuraikan empat rangkap lirik lagu yang dibaca.
•    Menyenaraikan lima nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu
yang di baca dan menulisnya semula dalam bentuk ulasan satu perenggan.

Video P & P Bahasa Melayu

Belajar Tatabahasa Tahap 1

Isnin, 1 Oktober 2012

Skema Jawapan

Jawapan untuk Soalan Latihan

Soalan Kata Perintah

Kata Perintah
  • Kata perintah ialah kata yang digunakan supaya seseorang mematuhi sesuatu perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
  • Kata perintah digunakan untuk membina ayat perintah.

Soalan Kata Nama Arah

 Kata Nama Arah
  • Kata nama arah ialah kata yang diletakkan sebelum frasa nama dan selepas kata sendi.
  • Contoh kata nama arah ialah atas, luar, hadapan, belakang dan sebagainya.

Soalan Kata Seru

Kata Seru
  • Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti geram, harian, marah, sakit, cemas, gembira dan sebagainya.
  • Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan (mempunyai tanda seru (!) di akhir ayat).


Kata Seru
Penggunaannya
aduh
aduhai
ah
eh
hai
nah
oh
wah /amboi
wahai
untuk menyatakan perasaan sakit atau kagum
untuk menyatakan perasan sedih.
untuk menyatakan tidak setuju atau menolah sesuatu
untuk membayangkan rasa hairan atau terkejut.
untuk menyatakan perasaan hendak menyapa atau menarik perhatian
untuk menarik perhatian dan berbagai-bagai maksud
untuk menyatakan perasaan kecewa, hairan terkejut dan sebagainya.
untuk menyatakan perasaan hairan dan kagum
untuk menyatakan perasaan sedih atau menarik perhatian

Soalan Kata Adjektif

Kata Adjektif
  • Kata adjektif adalah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.
  • Kata adjektif dapat disertai kata penguat seperti amat, paling dan sangat.


Jenis adjektif
Contoh
pancaindera
perasaan
waktu
jarak
bentuk
ukuran
warna
sifat/ keadaan
masin, masam, manis, pahit, tawar, payau
geram, marah, sakit, risau, benci, suka, gembira
lewat, cepat, lambat, awal,
sayup, dekat, hampir, jauh
bulat, lonjong, pipih, leper, empat segi,
panjang, pendek, luas, lebar, sempit, ketat, longgar
merah, biru, hitam, kuning, putih, hijau, ungu
lembut, sihat, cergas, sakit, lesu, gagah


Soalan Kata Ganda

Kata Ganda
  • Kata ganda seluruh terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang (-)
  • Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pada kata asalnya.
  • Kata ganda bersajak terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan.
  • Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan, baik yang merupakan awalan , akhiran, apitan atau sisipan.

Jenis Kata Ganda
Keterangan
Contoh
Kata Ganda Seluruh
tunggal / satu                      .
jamak / banyak                         
anting-anting , gula-gula, kura-kura
baju-baju, pokok-pokok, rumah-rumah
Kata ganda Separa
tunggal / satu                        .
jamak / banyak                     .
menyerupai sesuatu                                       
lelabu, tetamu, pepatung, rerama
dedaun, pepohon, tetanga
kekuda, bebola, sesiku, lelangit
Kata Ganda Bersajak
Kata nama                            .
Kata adjektif                          .
Kata kerja                              .
Kata Keterangan

gunung-ganang, bukit-bukau, kuih-muih
segar-bugar, hitam-legam, licin-licau
mundar-mandir, sorak-sorai, lalu-lalang
huru-hara, sunyi-sepi, gilang-gemilang
Kata Ganda Berimbuhan
Pelbagai     
                         
Jamak / banyak                   .
Berulang-ulang                     .
Perbuatan menyaling

bunga-bungaan, hidup-hidupan, tumbuh-tumbuhan
berguni-guni, berkotak-kotak, berpeti-peti
menggaru-garu, menarik-narik, terkejar-kejar
bertolak-tolakan, kejar-mengejar, kalah-mengalah

Soalan Antonim – Perkataan Berlawanan

Antonim – Perkataan Berlawanan
  • Antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata yang lain.

Abadi    -    sementara
adil        -    zalim           
ajaib      -    biasa            
alah       -    menang        basah      -    kering               cerah     -     gelap          
 isi         -     kulit
jajah       -    merdeka
kusut     -    kemas      
lapang     -    sempit         musuh     -    kawan           naik        -    turut              pipih       -    bulat           racun      -   penawar
rela        -    enggan
sah         -    batal  
samar     -    terang
sangsi     -    yakin            sarat       -    kosong      
sedut     -     hembus      
segar     -       layu

Soalan Sinonim - Perkataan Seerti

Sinonim - Perkataan Seerti
  • Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata yang lain.

ajaib                  -           aneh
 bakti                  -           jasa cegah               -           larang dahulu               -           silam empuk               -           lunak  genap               -           cukup helah                 -           dalih
ikhlas              -            jujur
 jawab            -            sahut  kental            -            pekat  lincah            -            cergas mustahak     -            penting nasib             -            takdir
 pulih              -            sembuh      
rezeki           -             nafkah
sisa               -             baki 
tekad           -            azam 
utus          -                 wakil 
wajar            -            patut warkah         -            surat  
 yakin             -            percaya

Soalan Kata Hubung

Kata Hubung
  • Kata hubung ialah kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.


Kata Hubung Gabungan
Kata Hubung Pancangan
Kata Hubung Berpasangan
atau, dan, lalu, maka, tetapi, serta, kecuali, sambil, malahan, kemudian
agar, apabila, bahawa, jika, hingga, selama, kerana, kalau, sementara, ketika, walaupun, semoga, supaya
baik.....ataupun,    baik......baik,                  bukan saja.....bahkan juga, jangankan.....pun


Soalan Simpulan Bahasa


Simpulan Bahasa

•    Digunakan orang sebagai kiasan, teladan dan pengajaran.
•    Terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.

Soalan Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan
  • Kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
  • Ada masanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Contoh Para peserta sudah bersedia.

Antonim

Antonim ialah kata yang berlawanan maksudnya. Contohnya:
  • lelaki - perempuan
  • bersih - kotor
  • muda - tua.
  • pandai - bodoh

Sinonim

Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud.

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.

Penjodoh Bilangan


Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya.